Wednesday, February 9, 2011

usrah ahad 6/2

Alhamdulillah usrah kedua ni berjalan dengan lancar.bilangan geng usrah tetap sama macam usrah yang pertama cuma seorang bertukar jadi orang lain. Seperti minggu yang pertama,usrah dimulakan dengan bacaan surah An-Nur,1 orang 3 ayat dan ustaz pun bagi keterangan yang ringkas.(cam pelik sikit sebab kalau usrah semua 'sisters' tapi,heuuu..nak wat cemane,ustaz tu bkn perempuan)


Usrah kedua ini ada kelainan dari usrah pertama sebab ustaz bawa dua 'sisters' dari uitm yang bergiat aktif dalam  misi dakwah islamiah iaitu kakak Huda dan kakak Ayu.Ustaz beri peluang kepada kakak Huda untuk berucap dan (ye) kakak Huda sesungguhnya memang petah bercakap.Kakak Huda ada menyampaikan satu kisah yang diberi nama 'Kisah Ghulam' (Kisah Budak) atau Ashabul Ukhdud.Kisah ini diambil dari hadith Rasulullah saw yang sanagt panjang dan kisah ini ada diceritakan secara pendek dalam al-Quran yakni dalam surah al-Buruj (pada ayat yang menyatakan tentang parit,ayat 4-8)


Celakalah kaum yang menggali parit.(Parit ) api yang penuh dengan bahan bakaran.(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya.Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa,lagi Maha Terpuji!


Kami berbincang tentang pengajaran hadith ghulam ini (untuk standard kami je la),antaranya;

  • Potensi orang muda-orang muda macam kita ini mempunyai potensi yang tinggi untuk menyampaikan dakwah islamiah dan berkhidmat kepada Allah swt kerana kita mempunyai tenaga yang banyak dan cerdas.
  • Tambah ilmu-dalamkerja2 menambah ilmu ini,ada 1 lagi kerja yang amat penting untuk kita lakukan iaitu identify ilmu mana yang salah dan benar seperti perbuatan ghulam yang memilih untuk mengikuti ajaran yang benar setelah diyakini kebenarannya.
  • Refere pada guru-jika ada sebarang kemusykilan terhadap sesuatu kemusykilan (hah)
  • Berani menegakkan kebenaran-berani kerana benar(bukan berani kerana ada pengikut yang ramai-xde kene mengena dgn cite.saje tambah)
  • Berkorban nyawa-umat Islam yang benar2 beriman sanggup berkorban hatta nyawa sekalipun kerana dia beriman dengan janji2 Allah swt.




 Di bawah ini ada dilampirkan Hadith Ghulam yang diambil dari blog http://disertasi.blogspot.com . 


Sila singgah blog ini untuk huraian lebih lanjut tentang Hadith Ghulam / Ashabul Ukhdud di bawah.




 http://disertasi.blogspot.com/2007/09/ghulam-al-dakwah-iman-dan-harakah-bhgn.html



Mahmud bin Ghailan dan Abdun bin Hamid menceritakan kepada kami dengan cerita yang mernpunyai makna yang sama, kedua-duanya berkata; Abdur Razak menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada Shabit al-Banaani daripada Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa beliau berkata;


“Rasulullah (s.a.w) apabila bersembahyang Asar, baginda menggerakkan dua bibirnya seolah-olah baginda bercakap. Dikatakan kepada baginda; “Kamu wahai Rasulullah, apabila kamu bersembahyang Asar, karnu menggerakkan dua bibirmu seolah-olah kamu bercakap. Maka baginda bersabda: “Salah seorang daripada para nabi merasa ajaib dengan umatnya lalu dia berkata; “Siapakah yang akan mengendalikan urusan mereka?! Maka Allah mewahyukan kepadanya supaya memberikan mereka pilihan sama ada membunuh diri atau dikuasai oleh musuh. Mereka pun memilih membunuh din. Maka kematian berleluasa di kalangan mereka. Pada suatu hari berlaku tujuh puluh ribu kematian.”

Suhaib berkata; “Apabila Rasulullah menyebut hadis ini, baginda akan menceritakan hadis yang lain.”Baginda (s.a.w) bersabda; Terdapat seorang raja di kalangan raja-raja yang rnempunyai seorang tukang nujum’ yang berkhidmat kepadanya, Tukang nujum [1] tersebut berkata; “Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat rnengajarnya ilmu aku mi, Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.”

Baginda bersabda lagi; “Mereka pun mencarinya berdasarkan kepada ciri-ciri yang disebutkan dan ghulam yang dijumpai diperintahkan supaya menemui tukang nujum tersebut dan sentiasa mendatanginya. Maka ghulam tersebut pun berulang-alik menemuinya. Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dan berkata; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa rahib dan lewat menemui tukang nujum. Tukang nujum pun menceritakan kepada keluarga ghulam dengan mengatakan; “Dia lewat datang menemuiku.” Ghulam menceritakan perkara ini kepada rahib lalu dia menjawab; ‘Apabila kamu ditanya oleh tukang nujum; Di mana kamu sebelum ini?. Jawablah; Bersama-sama keluargaku. Apabila keluargamu bertanya di mana kamu sebelum ini?, beritahulah mereka bahawa kamu bersama-sama dengan tukang nujum.

Baginda bersabda lagi; “Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia melalui sekumpulan ramai manusia yang tertahan disebabkan seekor binatang. Sebahagian mereka mengatakan bahawa binatang tersebut adalah singa.” Sabda baginda; “Maka ghulam pun mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh rahib adalah benar, maka aku pinta daripada-Mu untuk membunuh binatang mi.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai tertanya-tanya; Siapakah yang membunuh binatang ini?

Sebahagian mereka menjawab; “Ghulam”. Maka manusia menjadi takut. Mereka berkata; “Sesungguhnya ghulam ini telah mengetahui suatu ilmu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.”
Baginda menambah lagi; ‘Peristiwa ini diketahui oleh seorang buta, lalu beliau berkata kepada ghulam; Sekiranya kamu dapat mengembalikan penglihatanku, kamu akan mendapat sekian-sekian. Ghulam menjawab; “Aku tidak memerlukan semua itu daripada kamu, tetapi apakah pandangan kamu sekiranya penglihatanmu dikernbalikan kepadamu. Apakah kamu akan beriman kepada orang yang mengembalikannya?”. Beliau menjawab; “Ya.” Maka ghulam pun berdoa kepada Allah, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Dengan itu si buta beriman. Keimanan mereka diketahui oleh raja dan mereka dipanggil mengadap lalu raja berkata; “Aku akan membunuh kamu semua dengan cara yang berbeza-beza.”

Maka dibawa rahib dan si buta, lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepala salah seorang daripada mereka, kemudian dia dibunuh. Seorang lagi dibunuh dengan cara yang lain. Selepas itu, arahan ditujukan kepada ghulam; “Bawa dia ke bukit sekian-sekian. Campaklah dia dari puncaknya.” Mereka pun mebawa ghulam menuju bukit tersebut. Apabila mereka sampat ke tempat tuju, mereka semua jatuh daripada bukit kecuali ghulam. Kemudian dia pulang menemui raja.

 Jengjeng...
Untuk sambungan sila kunjungi link ini .heh =D


 http://disertasi.blogspot.com/2007/09/ghulam-al-dakwah-iman-dan-harakah-bhgn.html


 Terima kasih kakak Huda,ustaz dan kakak Ayu serta geng usrah yang hadir!

Berminat untuk menyertai geng usrah kami?
sila email saya, timi28bj@yahoo.com

Friday, January 21, 2011

salam


Assalamu'alaikum :)
Seharian saya menyiapkan gambar diatas atas sebab pertama kali menggunakan adobe photoshop cs5 (trial).
huhh..akhirnya..Alhamdulillah siap juga hasilnya yang tak seberapa.haha